MUSHAFAL AL-QURAN | Sumber utama rujukan dan asas kecemerlangan hidup | |
LAMBANG TEKNOLOGI | Teknologi dan Professional (Hablun Minannas) pra-syarat Khalifah Allah di muka bumi | |
WARNA BIRU | Kesatuan berasaskan saling berkasih sayang | |
BENDERA PAHANG | Kecintaan dan kesetiaan kepada pemerintah dan bumi Inderapura | |
LIMA PATEN UTAMA ISLAM QURDOBA | Beriman dengan keagungan dan memuliakan Al-Quran Membaca, mengamati dan menghafaz Mengambil pengajaran dan isi utama untuk diamali Laksanakan tuntutan Al-Quran dalam ruang lingkup keupayaan optima Sampai dan sebarkan mesej Al-Quran kepada semua manusia alam sejagat | |
WARNA HIJAU | Keislaman dan fitrah | |
BENTUK SAMPAN | Amanah dan keselamatan tanggungjawab bersama | |
BENTUK BULAT | Kesepakatan dan kesepaduan Usaha dan muafakat | |
WARNA KUNING | Ketaatan dan kesetiaan kepada raja | |
LATAR BELAKANG | Kesucian hati dan ikhlas |
Tuesday, October 26, 2010
Logo Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Monday, October 25, 2010
Sejarah penubuhan
Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta milik penuh Yayasan Pahang. Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan menguruskan MTNP sepenuhnya. Institusi ini beroperasi di kampus yang serba lengkap di kawasan seluas 3 ekar, bersebelahan Kompleks Yayasan Pahang.
Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang ditubuhkan pada tahun 1996 pada mulanya berada di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Pahang. Premis operasi awalnya menggunakan empat buah rumah teres yang disewa di Jalan Bukit Ubi, Kuantan.
Bermula 1 Jun 2006, Yayasan Pahang telah mengambil alih sepenuhnya MTNP yang kemudiannya beroperasi di kampus baru sekarang ini.
Selain program akademik jangka panjang, institusi ini juga menawarkan kursus jangka pendek sebagai program pendidikan berterusan kepada anggota komuniti setempat di samping turut dibuka kepada masyarakat umum dari kawasan lain.
Dengan kemudahan prasarana serta tenaga akademik yang ada, MTNP berhasrat menjadi sebuah institusi yang terkenal dan yang bakal melahirkan modal insan profesional bertaqwa dan cemerlang.
Kampus yang menelan belanja hampir RM10.7 juta ini, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana serba moden, di samping kemudahan sukan dan rekreasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)