Tuesday, October 26, 2010

Logo Maahad Tahfiz Negeri Pahang




MUSHAFAL AL-QURANSumber utama rujukan dan asas kecemerlangan hidup
LAMBANG TEKNOLOGITeknologi dan Professional (Hablun Minannas) pra-syarat Khalifah Allah di muka bumi
WARNA BIRUKesatuan berasaskan saling berkasih sayang
BENDERA PAHANGKecintaan dan kesetiaan kepada pemerintah dan bumi Inderapura
LIMA PATEN UTAMA ISLAM QURDOBABeriman dengan keagungan dan memuliakan Al-Quran
Membaca, mengamati dan menghafaz
Mengambil pengajaran dan isi utama untuk diamali
Laksanakan tuntutan Al-Quran dalam ruang lingkup keupayaan optima
Sampai dan sebarkan mesej Al-Quran kepada semua manusia alam sejagat
WARNA HIJAUKeislaman dan fitrah
BENTUK SAMPANAmanah dan keselamatan tanggungjawab bersama
BENTUK BULATKesepakatan dan kesepaduan Usaha dan muafakat
WARNA KUNINGKetaatan dan kesetiaan kepada raja
LATAR BELAKANGKesucian hati dan ikhlas

Monday, October 25, 2010

Sejarah penubuhan

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) adalah sebuah Institusi Pengajian Swasta milik penuh Yayasan Pahang. Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan menguruskan MTNP sepenuhnya. Institusi ini beroperasi di kampus yang serba lengkap di kawasan seluas 3 ekar, bersebelahan Kompleks Yayasan Pahang.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang ditubuhkan pada tahun 1996 pada mulanya berada di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Pahang. Premis operasi awalnya menggunakan empat buah rumah teres yang disewa di Jalan Bukit Ubi, Kuantan.

Bermula 1 Jun 2006, Yayasan Pahang telah mengambil alih sepenuhnya MTNP yang kemudiannya beroperasi di kampus baru sekarang ini.

Selain program akademik jangka panjang, institusi ini juga menawarkan kursus jangka pendek sebagai program pendidikan berterusan kepada anggota komuniti setempat di samping turut dibuka kepada masyarakat umum dari kawasan lain.

Dengan kemudahan prasarana serta tenaga akademik yang ada, MTNP berhasrat menjadi sebuah institusi yang terkenal dan yang bakal melahirkan modal insan profesional bertaqwa dan cemerlang.

Kampus yang menelan belanja hampir RM10.7 juta ini, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana serba moden, di samping kemudahan sukan dan rekreasi.